Buat Yang Tersayang

Monday, 14 April 2014

Siapa Kita Untuk Menghukum

Sedih....
Setiap kali melihat seseorang dijatuhkan hukuman gantung.
Kita tahu mereka bersalah tetapi setiap manusia mesti melakukan kesalahan dan kesilapan.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Kadang-kadang apa yang berlaku itu adalah kerana Allah ingin menarik manusia itu kembali ke pangkal jalan.
Aku melihat pelbagai jenis manusia yang berada di dalam kandang tertuduh atau pun di penjara.
Setiap mereka mempunyai cerita sendiri yang tiada siapa mengerti atau ambil peduli.
Tapi, percaya lah....
Sejahat mana pun mereka, Allah sayangkan mereka dan meletakkan mereka di tempat tersebut supaya mereka kembali ke pangkal jalan.
Mereka adalah yang dipilih oleh Allah kerana Allah tahu mereka adalah kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan tersebut.
Walaupun mereka bertaubat setelah berada di dalam penjara, tetapi janganlah mereka dicemuh kerana mungkin darjat mereka di sisi Allah lebih mulia dan tinggi dari kita kerana dosa-dosa mereka telahpun diampunkan.

Sedih....
Kita sentiasa lupa...
Kita bertindak dengan menghukum mereka dan menghantar mereka ke tali gantung.
Kita bertindak seolah-olah kita adalah Allah sedangkan Allah sendiri telahpun mengampunkan mereka..

Renungkanlah wahai manusia...

2 comments:

  1. Setiap manusia ada bahagian dan hak nya ujen well done..all your writing moga memberi impak kepada yg lain..

    ReplyDelete