Buat Yang Tersayang

Thursday 17 April 2014

Wahai Hukuman Gantung..............

Hari Jumaat....

Kena siapkan semua kerja untuk minggu ni.

Nak cerita sikit tentang perangai atau sikap segelintir peguam-peguam yang langsung tak peduli tentang nyawa anakguam mereka.

Semalam saya ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya untuk satu kes rayuan pengedaran dadah. Saya ni peguambela (counsel la kiranya) untuk Perayu (warga Indonesia) yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Arahan yang diterima dari 1 legal firm ni adalah untuk meneruskan perbicaraan kes Perayu mengikut hujahan dan alasan-alasan yang telah difailkan oleh legal firm tu. Saya tak nak ikut arahan tu sebab alasan-alasan dan hujahan yang dibuat tu dah pun di "overruled" oleh kes lain baru-baru ni. Pihak legal firm tu marah sebab dia kata nanti kena tangguh kes dan kena menjawab pada 1 pihak yang lain iaitu kedutaan indonesia.

Saya punyalah marah.... Legal firm ni lebih takutkan pihak kedutaan dari hilang nyawa anakguam.

Saya tak peduli... Saya maklumkan kepada Yang Arif-Yang Arif (salah seorangnya adalah idola saya iaitu Y.A. Hakim Dato' Suriyadi) bahawa saya ingin penangguhan kerana perlu mengkaji semula kes Perayu dan ingin memasukkan alasan-alasan yang baru. Saya juga maklumkan bahawa cara saya bekerja adalah berbeza yang mana saya mesti memastikan kepentingan Perayu terbela dan terjaga iaitu nyawa Perayu itu sendiri. Saya beritahu bahawa saya adalah peguambela yang akan membaca setiap inci Rekod Rayuan bagi memastikan Rayuan Perayu iaitu hukuman gantung diketepikan, berjaya. Yang Arif-Yang Arif bersetuju dengan apa yang saya katakan.

Peliknya, para Hakim boleh nampak bahawa nyawa anakguam adalah yang paling utama tetapi pihak legal firm tu tak boleh nampak. Mereka buta mata dan buta hati.... Sebabkan duit, nyawa dah tak penting.

Mungkin sebab mereka tidak berada dalam kedudukan Perayu tersebut. Bila dah kena pada batang hidung sendiri atau pada anak2 atau pada keluarga, baru la tersedar.

Apa sahaja boleh berlaku pada kita. Ingat... Sesiapa sahaja boleh terjebak dalam kes jenayah, tak kira ianya kes kecil atau pun besar...

Saya ada seorang kawan yang merupakan anggota polis yang telah membuang nasi seorang tahanan di depan mata saya. Walaupun tahanan tersebut bukan anakguam saya, tetapi saya ada perikemanusiaan. Saya herdik dia sebab kalau tak nak beri makanan tu pada tahanan sekalipun, jangan la sampai dibuang makanan tu depan ahli keluarganya. Dah la mereka orang susah. Saya katakan suatu hari nanti, si polis pulak yang akan kutip makanan tu dari tong sampah. Tak sangka... si polis telah pun dibuang kerja dan sekarang hidup susah... mungkin itu la akibatnya kerana telah berlaku zalim pada orang lain...

Ada pula polis yang menghina tahanan kerana dituduh bagi kes dadah. Tak sangka lepas dia pencen, anak dia pulak dituduh untuk kes pengedaran dadah dan telah pun dijatuhi hukuman gantung. Merayu2 pada saya minta tolong handlekan kes Rayuan anaknya tetapi saya enggan. Enggan bukan kerana nak balas dendam tetapi kes tersebut telah dikendalikan dengan teruk oleh peguambela yang terdahulu.

Ada juga polis yang menyepak warganegara asing kerana telah ditangkap dan dituduh bagi kesalahan tiada passport atau permit masuk ke Malaysia.... Sedih betul. Mereka setakat tiada passport atau permit je. Bukannya besar sangat kes mereka tu wahai polis!!! Mereka masuk ke Malaysia untuk mencari rezeki kerana di negara mereka, mereka susah. Cuba bayangkan kalau Malaysia pun susah, ekonomi teruk, silap2 saya pun akan kerja cleaner kat negara lain. Allah telah berikan kita otak tetapi tidak digunakan.

Saya mencoretkan rasa hati ini supaya ianya menjadi peringatan dan pengajaran kepada semua termasuk diri saya. Jangan kita lupa, semuanya adalah ketentuan Allah. Dia Maha Mengetahui. Ingatlah, jangan la kita bertindak mengambil alih tugas Allah. Ingat apa tugas kita dan buatlah tugas kita dengan ikhlas dan jujur bukan semata-mata kerana wang. Dan jangan la menghina orang lain kerana mungkin suatu hari kita pula berada dalam keadaan yang lebih hina.

Semoga Allah mengampunkan dosa saya dan keluarga.

Allahua'lam.


4 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan..nawaitu hanya kerana Allah..alhamdullilah..cant wait to read your next post.

    ReplyDelete
  2. tq rossuhaila daud.. will try my best to write interesting true stories. insyaallah

    ReplyDelete
  3. Tumpang tanya..kalau kes warga indonesia yang ditangkap polis.passport hidup tapi permit da mati..da warga indonesia tu xbekerja pun..apa hukuman yang dikenakn???dihantar depot tahanan atau penjara???

    ReplyDelete