Buat Yang Tersayang

Friday 18 April 2014

Ceritera seorang peguambela yang ditengking hakim yang akhirnya dipuji oleh hakim yang sama

Ini adalah suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Saya dan seorang teman baik telah mengendalikan satu kes perbicaraan jenayah bagi 2 orang tertuduh. Saya selaku peguambela tertuduh kedua dan En. Azizul Shariman bagi tertuduh pertama. Kes melibatkan kesalahan pengedaran dadah dan jika sabit kesalahan kedua-dua tertuduh bakal dijatuhi hukuman gantung.

Semasa saya mengendalikan kes tersebut, tiba-tiba Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes tersebut meminta saya diam. Tanpa teragak-agak, saya mengatakan saya ingin terus bercakap kerana sekiranya saya berdiam diri, apa akan jadi kepada anakguam saya yang langsung tidak boleh bercakap bagi pihak dirinya kerana tugas untuk bercakap di dalam mahkamah tersebut telah diserahkan kepada saya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Y.A. Hakim, "You Shut Up! Shut Up!" sambil menghentak meja. Saya pula menjawab "Saya tidak boleh Shut Up Yang Arif kerana sekiranya saya Shut Up, apa jadi pada OKT...." Selebihnya saya dah lupa apa saya cakap.

Dengan marah, Y.A. Hakim terus bangun dan beredar masuk ke chambernya. Selepas tu saya baru sedar saya boleh kena contempt of court. Tapi masa tu saya dah bersedia kerana saya sanggup kena contempt asalkan anakguam saya tidak digantung. Sekiranya saya kena contempt, saya di contempt kerana cuba menyelamatkan nyawa manusia lain.

Nasib saya baik kerana secretary hakim rupanya telah membantu saya kerana memberitahu Y.A. Hakim bahawa hanya saya seorang sahaja peguambela wanita Melayu, dah la kecik, yang berani untuk mengendalikan kes jenayah tanpa rasa takut (ini yang disampaikan oleh secretary tersebut pada saya). Aduhai... ada jugak yang membela... Terima kasih kak kerana saya ni bukan lah hebat mana.. Ada jugak rasa takut.

Apabila Y.A. Hakim masuk semula ke mahkamah, beliau suruh saya bercakap. Apalagi, disuruh bercakap sampai diarahkan berhenti, baru boleh berhenti bercakap... Kan dah kena...

Kemudian tiba masanya untuk saya berhujah (samada terdapat kes prima facie atau tidak) selepas pihak pendakwaan menutup kes mereka (dah habis panggil semua saksi mereka). Bayangkan saya kena berhujah dari pukul 9 pagi sehingga pukul 7 petang. Tapi saya puas kerana apa yang ingin saya sampaikan telahpun disampaikan.

Dukacitanya, anakguam kami dijatuhi hukuman gantung..

Tetapi, anakguam kami menang di peringkat rayuan dan dilepaskan dan dibebaskan dari hukuman gantung dan penjara.

Kini, setiap kali saya hadir ke mahkamah yang sama, Y.A. Hakim yang sama akan memuji saya dengan mengatakan kerana saya anakguam saya menang kes tersebut walaupun rayuannya dikendalikan oleh peguambela lantikan mahkamah. Bagi Y.A. Hakim, peguambela tersebut menang kerana saya kendalikan kes di peringkat Mahkamah Tinggi dengan jayanya dan memudahkan peguambela tersebut untuk mencari kesilapan hakim tersebut.

Y.A. Hakim yang sama juga sekarang meminta saya sering hadir ke mahkamahnya untuk kendalikan lebih banyak kes. Bagi beliau saya seorang tiny but mighty, seorang fighter... Tapi apalah ada pada pujian-pujian tersebut kerana saya hanya menjalankan amanah orang pada saya dan sekadar menjalankan tugas menyelamatkan nyawa manusia lain.

Tujuan saya mencoret kisah ini bukanlah untuk membangga diri tetapi sebagai peringatan kepada semua bahawa janganlah kita takut pada manusia lain kerana mereka hanyalah manusia biasa. Bezanya, seorang duduk di atas dan seorang lagi duduk di bawah, memohon agar yang duduk di atas mendengar ceritera orang yang berada di kandang pesalah.

Ingatlah wahai teman, yang berkuasa akan pencen atau bersara juga... Selepas pencen atau bersara, tiada lagi kuasa dan ketika itu baru disedari tiada siapa lagi yang akan menundukkan kepala tanda hormat. Tetapi jika yang berkuasa itu seorang yang mulia, merendah diri, cuba membantu atau mudah didekati kerana kebaikan dan keramahannya, pasti selepas tidak berkuasa pun, masyarakat akan tetap tunduk hormat padanya..

Allahua'lam....

P/S- Anakguam saya itu kini menjadi seorang insan yang telah insaf dan menjadi baik. Sedihnya, ibu beliau telah meninggal dunia semasa beliau berada di penjara akibat sedih anaknya dijatuhi hukuman gantung... Inilah yang cuba saya elakkan kerana saya melihat siapa di belakang anakguam saya...

Al-Fatihah untuk roh arwah dan roh ayahandaku dan nendaku yang tercinta

6 comments:

  1. ujen pos byk cerita lagi taw. best baca!!!!

    ReplyDelete
  2. Good job Ujen. Semoga diri dan keluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. ohhhh ujen, kisah ni buat ena buka mata juga. Ada sesuatu yg tersirat. Teruskan menulis :-)

    ReplyDelete
  4. teruskan menulis Ujen supaya dapat mendidik masyarakat..ko mmg terbaek!!

    ReplyDelete