Buat Yang Tersayang

Showing posts with label puas hati. Show all posts
Showing posts with label puas hati. Show all posts

Tuesday, 22 April 2014

Patutkah saya berpuas hati...

Saya ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini bagi rayuan kes pengedaran dadah. Sekali lagi, kes rayuan hukuman gantung... Saya peguambela bagi pihak Perayu.

Terus terang saya katakan saya kalah kes rayuan tersebut walaupun saya membangkitkan 4 issues.

Semasa perbicaraan, salah seorang Y.A.Hakim (3 orang Y.A. Hakim semuanya) memarahi rakan bijaksana saya iaitu pihak respondent kerana tidak menghormati Y.A. Hakim ketika Y.A. Hakim sedang bercakap. Menurut Y.A. Hakim tersebut, "Saya belum habiskan soalan saya. Tolong dengar soalan saya dan kemudian baru cakap". (Lebih kurang gitu la ayatnya).

Di sini saya bukan ingin mencemuh atau menghina atau memandang rendah atau mentertawakan sesiapa. Saya sangat menghormati pihak lawan saya kerana beliau sangat berpengalaman dan saya berbangga berpeluang berdebat dengan beliau. Jadi janganlah ditanya siapa beliau kerana beliau bukanlah topiknya.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah sebagai manusia kita mestilah sabar mendengar apa yang ingin dikatakan oleh orang lain. Jangan cepat melatah. Mungkin apa yang ingin dikatakan, kelak, akan memberikan kita idea atau kebaikan kepada kita.

Bagi peguam2 yang berjiwa besar dan muda serta kaki berdebat, belajar lah untuk bersabar.

(Ni masuk topik lain la pulak...)
 Walaupun saya kalah hari ini, tetapi saya puas kerana saya telah memenangi hati hakim-hakim yang puas mendengar hujahan panjang lebar saya dengan penuh kesabaran.  Saya puas hakim-hakim sudi mendengar hujahan saya dengan teliti dan khusyu'.

Walaupun saya kalah, saya tidak akan sekali-kali menyalahkan hakim-hakim kerana sudah pasti kekurangannya datang dari saya. Ianya membuatkan saya lebih berkobar-kobar untuk menang di lain masa dan akan memastikan hujahan saya lebih mantap lagi. Mereka lebih arif dari saya dan sekiranya saya menyalahkan mereka, saya lah manusia yang paling bodoh di dunia kerana menyalahkan golongan yang arif dari saya. Cuma saya musykil di manakah silap dan salah saya kerana tiada alasan penghakiman diberikan tadi. Saya ingin sekali mendengar alasan penghakiman kerana dari situ saya boleh membetulkan diri saya dan kekurangan hujahan saya.

Saya tidak akan duduk diam atau menyorokkan diri atas kekalahan ini. Saya juga tidak malu mengakui kekalahan ini kepada semua. Wahai Y.A. Hakim-Hakim dan semua , ini adalah cabaran untuk saya. Saya akan terus berusaha untuk kalian semua mendengar hujahan saya dan akhirnya bersetuju dengan saya kerana saya berperang bukan untuk diri saya tetapi untuk hamba allah yang berdiri di belakang saya iaitu di kandang pesalah atau perayu. Mereka lah kekuatan saya dan Allah bersama saya kerana niat saya yang mulia.

Saya berperang dengan kata-kata dan saya mohon agar Allah melancarkan kata-kata saya dan menajamkan akal fikiran dan ilmu saya yang sedikit ini.

Saya cuma sedih kerana akhirnya bukan saya atau hakim atau pihak pendakwaan yang menghadapi hukumannya tetapi hamba allah yang saya tidak kenali sebelum ini yang akan menanggung hukumannya. Tetapi, sudah tentu ada hikmah di sebaliknya. Hikmah terbesar adalah solat 5 waktu... Setiap manusia pasti akan mati tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui bagaimana caranya. Ada yang sudah sampai masanya untuk digantung tetapi disebabkan belum masanya, terlepas juga...


Allahua'lam

P/s- akan saya ceritakan tentang kisah sebenar kes ini dari pandangan mata seorang Perayu kelak apabila masa mengizinkan saya. Doakan saya sihat dan panjang umur agar dapat berkongsi ilmu bersama.