Buat Yang Tersayang

Sunday, 8 June 2014

Penambah Semangat

Assalamualaikum...

Sudah lama tidak menulis di ruangan ini. Saya terpanggil untuk mencatatkan sesuatu di sini.

Saya menerima suatu pesanan dari orang yang tidak saya kenali dengan niat menegur catitan saya di ruangan ini. Menurut beliau saya menulis seperti seorang yang bongkak kerana berjaya menyelamatkan nyawa orang lain. Terima kasih atas teguran itu.

Akan tetapi, mengapa beliau harus melihat sesuatu catatan sebagai suatu yang negatif. Bagi saya, apa yang saya tulis hanyalah peringatan untuk diri saya dan semua. Tambahan pula, ianya adalah kisah benar yang berlaku dalam hidup saya. Saya tidak berniat untuk meninggi diri atau bangga diri. Saya tahu bahawa Allah yang menyelamatkan client saya tetapi melalui bantuan dan hasil kerja saya. Bukan bangga diri tetapi setiap manusia ada tugas masing-masing di dunia ini. Suka ataupun tidak, tugas utama saya ialah menyelamatkan nyawa orang lain.

Sebagai manusia yang serba kekurangan, jangan lah kita asyik melihat kepada yang negatif atau kekurangan orang lain. Lihat lah pada yang positif dan jadikanlah catatan saya sebagai sesuatu yang memberi peransang untuk menghargai hidup kita dan nyawa atau diri manusia lain.

Kadang-kadang, kita tidak sedar bahawa kita terlalu mengkritik orang lain atau hasil kerja orang lain walhal diri sendiri tidak pernah menabur jasa pada orang lain. Kita terlalu memandang kesalahan orang lain sedangkan kita tidak sedar ada manusia di depan mata kita yang menadah tangan meminta bantuan tetapi tidak dibantu.

Oleh itu, kepada saudara yang menegur saya, terima kasih sekali lagi. Saya hanya hamba allah yang terlalu banyak kekurangan dan terlalu sibuk untuk membantu manusia di luar sana yang berdepan dengan hukuman gantung, manusia yang hidup di dalam penjara yang entahkan bila boleh keluar menikmati udara segar seperti saudara dan saya. Saya akan memperbaiki diri dan penulisan saya agar tidak dilihat bongkak oleh saudara.

Kepada kawan-kawan yang memahami niat saya, terima kasih atas sokongan kalian kerana kalian juga lah terhasilnya blog ini.

Saya berdoa agar diberi masa yang terluang agar dapat menulis lebih banyak lagi kisah benar yang datangnya dari hati nurani manusia yang pernah bergelar banduan dan tahanan.

Di kesempatan ini, saya sentiasa mendoakan agar Allah memberikan rahmat dan rezeki pembebasan seorang insan bernama Sulkarnain yang pernah dan telah dianiaya oleh insan lain. Semoga beliau tabah menghadapi ujian dan dugaan Allah. Sesungguhnya ramai yang masih lagi menyayangi dirimu... Amin...

Sekian. Terima kasih sekali lagi..

P/S: Nantikan catatan saya mengenai kisah benar seorang insan yang telah dijatuhi hukuman gantung bagi kesalahan bunuh yang tidak beliau lakukan tetapi telah dipengaruhi oleh sihir.

1 comment: